Demografi Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

Penduduk bandaraya Kuala Terengganu adalah seramai 343,284 orang pada tahun 2010 yang terdiri daripada pelbagai etnik. Daripada jumlah tersebut 171,726 orang adalah lelaki dan 171,558 orang adalah perempuan. Daripada keseluruhan jumlah populasi tersebut juga, 338,836 orang adalah warganegara Malaysia manakala selebihnya 4,448 orang adalah bukan warganegara.

Penduduk Kuala Terengganu mengikut pecahan etnik 2010

EtnikPopulasi
Melayu325,145
Cina11,851
India886
Bumiputera Lain660
Lain-lain294

Berikut merupakan jumlah penduduk bandar Kuala Terengganu pada tahun 1980,1991,2000 dan 2010[perlu rujukan]

TahunPopulasi
1980180,296
1991228,659
2000255,109
2010284,136

Pengiraan 2010 berdasarkan jumlah penduduk dalam PBT Bandaraya Kuala Terengganu

Bahasa

Seperti bandar-bandar utama di Malaysia, Kuala Terengganu merupakan sebuah bandar raya yang mempunyai pelbagai kaum, setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan mereka sendiri. Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa utama di kalangan masyarakat bandar raya ini dan juga bahasa majoriti dikalangan masyarakat Melayu dan sebagai bahasa kedua oleh masyarakat Cina Terengganu dan India. Akan tetapi Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris juga dituturkan dan difahami oleh masyarakat setempat. Selain itu, Dialek-dialek Cina seperti Mandarin, Hokkien, Teochew dan sebagainya serta bahasa-bahasa India seperti Tamil dan Punjabi juga dituturkan oleh masyarakat India dan Cina di bandar itu. Bahasa Melayu Kelantan juga dituturkan, kebanyakkannya adalah perantau yang berasal dari Besut, Setiu dan Kelantan.

Berkaitan